Jumat, 02 Desember 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Hillary kunjungi parlimen Myanmar

Posted:

Hillary kunjungi parlimen Myanmar

Hillary kunjungi parlimen Myanmar

BENTUK bangunan parlimen baharu Myanmar di Naypyidaw.


NAYPYIDAW, Myanmar - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton diberi jaminan oleh pemerintah Myanmar bahawa negara berkenaan akan terus melaksanakan reformasi ke arah demokrasi dalam pertemuan bersejarah yang berlangsung di sini semalam.

Namun, Hillary menyatakan, masih terlalu awal untuk menarik balik sekatan ke atas Myanmar selepas rakyat negara berkenaan ditindas selama beberapa dekad.

Dalam kunjungan tersebut yang melibatkan pegawai paling kanan AS ke Myanmar, Hillary cuma menawarkan beberapa insentif bagi menggalakkan pemerintah negara tersebut supaya meneruskan pembaharuan.

Hillary berkata, para pemimpin Myanmar memberi jaminan kepada beliau bahawa usaha pembaharuan akan diteruskan dan diperluaskan.

Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan pengguguran halangan terhadap ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Hillary bertemu Suu Kyi di Yangon.

"Kita masih belum berada di peringkat yang mana kita boleh menggugurkan sekatan (ke atas Myanmar) kerana masih terdapat dasar-dasar yang perlu diubah pemerintah Myanmar," kata Hillary selepas menemui Presiden Myanmar, Thein Sein.

Pertemuan bersejarah kedua-dua pemimpin tersebut berlangsung di kompleks bangunan Parlimen di Naypyidaw.

Kompleks bangunan Parlimen di Naypyidaw yang mengandungi 31 buah bangunan mula dibina pada 2006 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2012 dengan kos pembinaannya dipercayai mencecah berjuta-juta dolar.

- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Cruise jumpa peminat di Tokyo

Posted:

Cruise jumpa peminat di Tokyo

Cruise jumpa peminat di Tokyo


TOM CRUISE (kanan) bergambar bersama seorang peminatnya pada satu majlis promosi filem terbaharu Mission Impossible di Tokyo semalam.


TOKYO, Jepun - Aktor terkenal, Tom Cruise kembali ke layar perak menerusi francais terbaharu filem Mission Impossible: Ghost Protocol.

Satu majlis tayangan filem itu diadakan untuk bilangan peminatnya yang terhad di sini semalam sebelum filem itu memulakan tayangan pembukaannya pada minggu depan.

Dalam filem itu, Cruise, 49, kembali sebagai ejen perisik hebat, Ethan Hunt untuk menyelamatkan dunia.

Sarat dengan aksi dan lagak ngeri, filem tersebut turut menampilkan bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa yang memiliki ketinggian 828 meter di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Ketika ditanya pada satu sidang akhbar yang disiarkan di sebuah laman web filem Jepun bagaimana dia mampu bertahan semasa berada selama berjam-jam di lokasi penggambaran dan latihan keras, Cruise berkata: "Saya hanya suka apa yang saya mahu lakukan dan saya melakukannya kerana saya mahu menghiburkan (orang ramai)."

Dia turut menyatakan: "Saya suka menjadi sebahagian daripada pasukan (pelakon filem itu)."

Dalam satu promosi filem itu di sini, Cruise turut bergambar bersama beberapa peminatnya.

- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

K-Pop mahu kuasai dunia

Posted:

K-Pop mahu kuasai dunia

K-Pop mahu kuasai dunia


BEBERAPA anggota kumpulan K-Pop, Girls Generation membuat persembahan pada majlis pembukaan empat saluran televisyen kabel di Seoul semalam.


LONDON - Selepas melonjak popular di Asia, generasi muda bintang pop Korea Selatan yang dikenali sebagai K-Pop kini berusaha menakluki dunia dengan muzik mereka.

Sejumlah bintang Korea Selatan itu pernah membuat persembahan pentas di London dan New York.

Seorang pakar senario muzik Asia, Steve McClure berkata, dia percaya K-Pop memiliki peluang lebih cerah menembusi pasaran dunia berbanding muzik pop Jepun.

Menurut McClure, berbanding Jepun, pasaran muzik di Korea Selatan terhad dengan sebahagian besar pendapatan penyanyinya dikawal firma telekomunikasi tempatan yang menaja mereka.

Justeru, katanya, penyanyi Korea Selatan lebih fokus untuk mencari pasaran di luar negara untuk menambah pendapatan mereka.

Contoh terbaik ialah kumpulan K-Pop ialah Girls Generation apabila 500,000 unit album pertama mereka dijual di Jepun.

Selain itu, menurutnya, bintang K-Pop bersikap lebih profesional dan menghasilkan muzik lebih baik daripada pesaing mereka dari Jepun. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar