Rabu, 21 Desember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pengganas Yahudi jadi ancaman baru Israel

Posted: 21 Dec 2011 02:21 PM PST

Dunia

Netanyahu ikrar sekat pelampau serang tentera

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar sekali lagi untuk menyekat pendatang Yahudi daripada terus menyerang hartanah milik warga Israel dan Palestin kerana tindakan kerajaan merobohkan kediaman mereka yang tidak diiktiraf agensi awam.

"Kerajaan tidak akan membenarkan serangan dilakukan terhadap askar, anggota polis, penduduk Arab, Yahudi serta masjid," kata Netanyahu kepada anggota tentera dalam satu majlis membakar lilin tanda permulaan sambutan lapan hari sambutan Hannukah atau 'Pesta Cahaya' di Tebing Barat. Beliau berkata demikian di markas tentera Ephraim di utara Tebing Barat. Minggu lalu, 50 pelampau Yahudi memecah masuk me-rosakkan harta awam dan menyerang pegawai kanan.

Malah, seorang pendatang membuka pintu jip membawa Panglima Tentera Briged Wilayah Efraim, yang dilaporkan cedera akibat terkena batu di kepala.

"Kejadian terbabit mencemarkan demokrasi Israel yang berasaskan sikap patuh undang-undang selain menjejaskan reputasi tentera," kata pejabatnya yang memetik beliau sebagai berkata.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Ehud Barak turut berucap dalam majlis sama, berpendapat 99 peratus pendatang akur kepada undang-undang dan mereka perlu lindungi kumpulan itu serta penduduk Palestin yang berada di bawah kuasa mereka.
Barak juga memberitahu wartawan, beliau menganggap pencerobohan di markas tentera Ephraim sebagai keganasan, justeru ia tanggungjawab pihak berkuasa menghentikan serangan seperti itu.

Isnin lalu, sekumpulan penyerang melakar grafiti anti Islam dan mesej pro pendatang Yahudi di sebuah masjid Tebing Barat.

Kumpulan pelampau yang sama dipercayai bertanggungjawab dalam serangan itu, yang ketujuh dalam tempoh seminggu.

Kelmarin, Kabinet Palestin mengutuk sikap kerajaan Israel yang hanya mendiamkan diri mengenai serangan berkenaan dan menggesa masyarakat antarabangsa mendesak negara Yahudi itu menamatkan keganasan pendatang.

Yahudi ultra nasionalis ketika ini melawan rancangan kerajaan Israel untuk merobohkan kediaman penempatan tidak rasmi dengan menyelongkar hartanah penduduk Palestin serta mula menceroboh markas tentera, rumah dan pejabat pemimpin kerajaan.

Perbuatan mereka di Tebing Barat itu adalah kejadian ketiga membabitkan masjid sejak Rabu minggu lalu yang berlaku ketika tentera Israel merobohkan kawasan penempatan Mitzpe Yitzhar.

Minggu lalu, Netanyahu mengarahkan tindakan lebih tegas dikenakan terhadap perusuh Yahudi selepas keganasan meningkat di srael disebabkan pendatang Yahudi khususnya terhadap markas tentera, Ephraim. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Iran pindah laman web ke dalam negara elak virus

Posted: 21 Dec 2011 02:20 PM PST

Dunia

TEHRAN: Iran memindahkan kebanyakan laman web kerajaan di luar negara ke dalam kemudahan baru komputer dalam negara untuk mengelak serangan siber musuh.

Langkah keselamatan baru itu diumumkan setahun selepas Iran mendedahkan virus komputer berkuasa dikenali sebagai Stuxnet menyerang komputer reaktor nuklear Bushehr.

"Lokasi hos yang mempunyai 90 peratus laman web kerajaan dipindahkan ke dalam negeri. Ini adalah langkah penting untuk melindungi maklumat kerajaan," kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Iran, Ali Hakim Javadi, kepada agensi berita IRNA. Javadi berkata, lebih 30,000 laman web Iran milik kementerian dan badan kerajaan lain sehingga baru-baru ini dihoskan oleh syarikat di Amerika Utara dan beberapa negara lain.

"Data mungkin terdedah kepada bahaya bila-bila masa," katanya.

Seorang pakar komputer yang enggan dikenali memberitahu langkah itu memberi impak terhad.

"Ia tidak boleh menjadi langkah amat berkesan kerana laman itu boleh diceroboh daripada mana-mana sudut dunia. Bagaimanapun, ia boleh mengehadkan pencapaian kepada komputer yang menyimpan data," katanya.
Reaktor nuklear Bushehr diserang senjata siber Stuxnet dalam apa yang dikatakan Tehran adalah serangan Israel dan Amerika Syarikat.

Pemimpin Barat mengesyaki program nuklear Iran sebenarnya usaha membangunkan bom nuklear, ketika Tehran menegaskan ia bertujuan menghasilkan elektrik.

Kewujudan Stuxnet menjadi pengetahuan umum pada ketika Iran memulakan usaha memasukkan bahan api ke Bushehr, reaktor nuklear pertama negara itu, Ogos lalu.

Iran memandang ringan impak virus itu dan September lalu berkata, komputer di Bushehr diganggu tetapi loji itu selamat. Bushehr terlepas beberapa tarikh akhir bermula.

Ia menyebabkan spekulasi Stuxnet merosakkan pelan itu tetapi dinafikan Iran. Pegawai Tehran berkata, virus itu mungkin memberikan risiko besar jika tidak ditemui dan diuruskan sebelum kerosakan besar berlaku. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar