Utusan Online - Luar Negara |
Majlis Keselamatan kecam Israel Posted: Majlis Keselamatan kecam IsraelGENEVA 21 Dis. - Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) semalam mengetuai kecaman oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap pertambahan penempatan haram Israel di wilayah jajahannya di Palestin. Britain, Perancis, Jerman dan Portugal turut mengecam peningkatan serangan oleh penghuni penempatan haram itu terhadap penduduk Palestin. Negara-negara EU itu dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat berhubung konflik Asia Barat berkata, mereka 'terkejut dengan peningkatan negatif' yang mengancam proses damai yang diusahakan. Keempat-empat negara yang merupakan anggota Majlis Keselamatan itu menggesa tindakan tegas diambil oleh Israel untuk menghentikan serangan ke atas masjid dan penduduk Palestin oleh pelampau penghuni penempatan haram. Menurut mereka, pengumuman Israel meneruskan pembinaan penempatan haram merupakan satu mesej 'membinasakan' dan menggesa rejim Zionis itu menarik balik rancangan mereka itu. "Proses damai yang menjamin keamanan jangka panjang terancam dengan peningkatan penempatan haram. "Kami turut mengutuk kekacauan yang semakin buruk ditimbulkan oleh penghuni penempatan tersebut termasuk pembakaran masjid di barat Baitulmaqdis dan dan masjid Burqa di Tebing Barat," kata duta Britain ke PBB, Mark Lyall Grant. Afrika Selatan, India dan Brazil membuat kecaman mereka sendiri, manakala duta Rusia ke PBB mempersoalkan sama ada penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin kini adalah munasabah. - AFP |
Kebimbangan wabak penyakit menular di wilayah bencana di Mindanao Posted: Kebimbangan wabak penyakit menular di wilayah bencana di MindanaoKANAK-KANAK mangsa taufan Washi memasukkan air ke dalam botol dari sebuah baldi di bandar Iligan, Mindanao di selatan Filipina, semalam. - REUTERS MANILA 21 Dis. - Jabatan Kesihatan Filipina hari ini meningkatkan tahap kemungkinan wabak penyakit berlaku di dua bandar di selatan negara ini yang dilanda banjir ketika angka korban meningkat melebihi 1,000 orang. Menurut jabatan itu, mereka telah menempatkan pasukan untuk memeriksa pusat pemindahan yang mudah terjejas dengan penyakit dan wabak disebabkan air tercemar di bandar Cagayan de Oro dan Iligan. Penolong Setiausaha Kesihatan, Ted Herbosa berkata, pekerja kesihatan turut memberikan vaksin campak kepada kanak-kanak. Sekurang-kurangnya 1,002 orang terbunuh dan ramai lagi hilang akibat Taufan Washi yang melanda selatan negara ini lewat minggu lalu, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD). Ketua Agensi Bantuan Kecemasan Nasional, Benito Ramos berkata, sebanyak 650 kematian dilaporkan di selatan bandar pelabuhan Cagayan de Oro, manakala 283 orang lagi maut di bandar Iligan. Menurutnya, angka korban dijangka meningkat kerana masih ramai yang hilang dan usaha mencari akan diteruskan. Lebih 340,000 orang pula dipindahkan akibat banjir dengan sekurang-kurangnya 44,000 mangsa tinggal di pusat pemindahan yang sesak dan kurang kemudahan, manakala selebihnya berkhemah di kampung mereka dan di jalanan, lapor OCD. "Jika terlalu ramai orang di sesuatu tempat yang kekurangan bekalan terutamanya air, kemungkinan besar wabak penyakit akan merebak," kata Herbosa. Beliau menggesa penduduk untuk terus menjaga kebersihan untuk melindungi mereka daripada penyakit seperti jangkitan pernafasan, cirit-birit dan demam. "Kami juga dimaklumkan ramai mangsa banjir di pusat pemindahan tidur di atas lantai simen, sekali gus berisiko dijangkiti pneumonia ekoran cuaca sejuk," tambahnya. - DPA Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar