Kamis, 22 Desember 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bayi berkepala 2

Posted: 21 Dec 2011 08:07 AM PST

BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.

Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.


Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.

Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.


Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.


Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.

"Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. "Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.


"Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. "Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat," kata de Vasconcelos.

Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.


"Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah," katanya.


Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.


Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini.


Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.


Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. - Agensi



Full content generated by Get Full RSS.

Model bunuh diri selepas kekasih batal temu janji

Posted: 21 Dec 2011 08:06 AM PST

CARDIFF:Seorang pelajar merebahkan dirinya ke bawah kereta api yang bergerak selepas menerima mesej pesanan ringkas daripada teman lelakinya yang membatalkan temu janji mereka untuk menonton wayang.

Satu inkues diberitahu, Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan di Facebooknya: "Saya akan membunuh diri malam ini' kerana terlalu kecewa selepas temu janjinya pada keesokan malam dibatalkan.


Pelajar yang juga model remaja itu mati beberapa jam kemudian.

Gabrielle disifatkan sebagai remaja yang periang dan peramah dengan kehidupan yang sibuk, belajar di sebuah kolej dan menjalankan dua kerja sampingan, termasuk satu di kedai fesyen Hollister yang popular.


Dia bercita-cita menjadi model terkenal dan dalam laman webnya, dia menulis: "Untuk menjadi orang yang tidak boleh diganti, kita perlu sentiasa berbeza." Inkues diberitahu, dia begitu terganggu selepas menerima mesej berkenaan pada hari Easter April lalu dan 75 minit kemudian, dia mati akibat kecederaan teruk selepas dilanggar kereta api yang bergerak selaju 125 kilometer sejam berhampiran kediamannya. - Agensi



Full content generated by Get Full RSS.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar