Utusan Online - Luar Negara |
Ubat HIV halang jangkitan virus AIDS Posted: Ubat HIV halang jangkitan virus AIDSWASHINGTON 23 Dis. - Satu ujian klinikal bersejarah menunjukkan ubat HIV mempunyai kesan sama seperti kondom dalam menghalang jangkitan virus itu yang menyebabkan AIDS, diisytiharkan sebagai penemuan terbaik 2011 oleh jurnal Science semalam. Pencapaian terbaik 2011 yang lain termasuk kepulangan kapal angkasa Jepun ke Bumi dengan membawa debu dari sebuah asteroid dan perkembangan terbaru dalam vaksin malaria dan penemuan gen manusia moden yang mempunyai hubungan dengan orang zaman batu. Senarai 10 pencapaian terbaik oleh Persatuan Pembangunan Sains Amerika yang disiarkan dalam majalah itu keluaran hari ini. Berita utama tahun ini adalah ujian tersebut yang dikenali sebagai HIV Prevention Trials Network atau HPTN 052 yang menunjukkan orang yang mengambil ubat anti-retroviral itu mengurangkan risiko jangkitan dari pasangan heteroseksual sebanyak 96 peratus. Pencapaian itu disifatkan oleh beberapa pakar sebagai titik permulaan dalam merawat AIDS, 30 tahun selepas penyakit itu muncul. ''Orang ramai berminat dengan idea rawatan berbanding pencegahan tetapi ia mewujudkan dorongan kuat untuk strategi itu,'' kata penyiasat utama, Myron Cohen dari School of Medicine, Universiti Carolina Utara. Majalah itu berkata, ujian klinikal itu akan mempunyai implikasi terhadap tindakan maklum balas terhadap epidemik AIDS pada masa depan. ''Keputusan HPTN 052 dan ujian lain meningkatkan harapan untuk membendung epidemik AIDS di seluruh negara dan dunia,'' kata jurnal itu. - AFP |
New Zealand dilanda gempa bumi lagi Posted: New Zealand dilanda gempa bumi lagiGempa bumi yang melanda New Zealand semalam mengakibatkan rekahan dan lubang pada jalan raya menyebabkan kereta terperosok di dalamnya di Parklands, Christchurch. - REUTERS WELLINGTON 23 Dis. - Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda bandar Christchurch yang ketika orang ramai berada di pasar raya untuk membeli barangan bagi menyambut Krismas, semalam Tiada laporan kecederaan atau kerosakan teruk berlaku namun seorang lelaki di sebuah pasar raya dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital, kata polis. Gempa bumi itu yang berpusat di 20 kilometer dari timur laut Christchurch menyebabkan barangan berselerak dan orang ramai dipindahkan. Radio New Zealand berkata, pasar raya dan bangunan pejabat dikosongkan selepas barangan jatuh dari almari. Syarikat tenaga elektrik berkata, sehingga 15,000 pelanggan terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu. Christchurch, bandar paling besar di South Island sedang pulih daripada gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter yang menyebabkan 162 orang maut pada Februari lalu dan kerugian bernilai NZ$20 bilion (RM4.65 bilion).- REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar