Selasa, 20 Desember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Benigno Aquino isytihar bencana

Posted: 20 Dec 2011 01:57 PM PST

Dunia

PENDUDUK kampung Cagayan De Oro yang dilanda banjir cuba menyelamatkan kenderaan ketika angka korban bah meningkat.

PENDUDUK kampung Cagayan De Oro yang dilanda banjir cuba menyelamatkan kenderaan ketika angka korban bah meningkat.

Banjir akibat taufan ragut 957 nyawa

ILIGAN: Presiden Filipina, Benigno Aquino, mengisytiharkan bencana melanda negara semalam selepas banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan taufan mengorbankan hampir 1,000 penduduk selain menyebabkan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.

Agensi bencana negara itu berkata, 957 penduduk terkorban dan 49 hilang, dengan kebanyakan kematian membabitkan bandar Cagayan de Oro, Mindanao. Benigno mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa di dua bandar yang terjejas teruk akibat banjir itu kerana membawa lumpur dan kayu balak menuruni pergunungan ketika penduduk yang tinggal dekat sungai dan tepi pantai, masih tidur pagi Sabtu lalu.

"Paling utama memindahkan penduduk ke kawasan yang tidak memberi bahaya," kata Benigno.

Dalam mesyuarat dengan pihak berkuasa di Cagayan de Oro, beliau juga berazam untuk menghalang tragedi sama berulang.

Agensi bencana itu memberitahu, lebih 338,000 penduduk di 13 wilayah terjejas akibat bencana itu, dengan hampir 43,000 masih berada di pusat pemindahan.
Lebih 10,000 rumah rosak akibat Taufan Washi dan banjir kilat, hampir satu pertiga musnah sepenuhnya.

Kebanyakan sekolah, jalan dan jambatan turut rosak teruk. Jurucakap Benigno, Ricky Carandang, berkata pengisytiharan bencana negara akan membenarkan kerajaan untuk capaian dana lebih besar bagi bantuan dan pemulihan.

Cagayan de Oro dan Iligan masih berusaha menghalang penyebaran penyakit di pusat pemindahan penuh sesak dan mula menggali kubur untuk menanam mayat yang mula reput.

Seorang pegawai bantuan dan organisasi perkembangan Kristian berpusat di Britain, World Vision berkata penduduk berebut mendapatkan tempat di pusat pemindahan itu.

"Ia begitu sesak, hampir tiada ruang lagi untuk mangsa lain," kata pegawai kumpulan John Salva kepada televisyen ANC.

"Penyakit mula muncul. Ia benar-benar satu pergelutan untuk menguruskan pusat pemindahan itu, bekalan air pula tidak mencukupi, begitu juga makanan," katanya.

Rumah mayat tidak berupaya menampung jumlah mayat dan pihak berkuasa mula menggali kubur untuk menanam mangsa.

Biro Perlombongan dan Geosains kerajaan (MGB) memberi amaran kepada pihak berkuasa di kawasan itu tahun lalu mengenai keperluan memindahkan keluarga yang tinggal di tebing sungai yang melimpah selepas jumlah hujan selama sebulan turun hujung minggu lalu.

"Tragedi di Cagayan de Oro akan berulang. Justeru, ada keperluan membuat persediaan wajar bagi mengelak lebih ramai mati," kata Leo Jasareno, pemangku pengarah MGB dalam temuramah televisyen. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Radioaktif Jepun cemar Pasifik

Posted: 20 Dec 2011 01:57 PM PST

Dunia

TOKYO: Selepas Perdana Menteri Jepun mengisytiharkan malapetaka nuklear di Fukushima terkawal Jumaat lalu, akhbar Jepun, Asahi Shimbun, mendedahkan sekurang-kurangnya 462 trilion becquerel bahan radioaktif strontium memasuki Lautan Pasifik, menjadikannya satu daripada kes pencemaran marin paling teruk dalam sejarah.

Menurut penyelidikan bebas Greenpeace, kerajaan dan penyelia utiliti tidak melindungi orang awam daripada pencemaran radioaktif berbahaya kerana makanan laut di Pasifik masih dijual tanpa label di Jepun dan di pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat meskipun satu perjanjian rahsia dimenterai antara Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda.

"Sekurang-kurangnya 462 trilion becquerel radioaktif strontium bocor ke Lautan Pasifik sejak bencana Mac lalu di loji jana kuasa nombor 1 Fukushima, menjadikannya satu daripada kes pencemaran marin paling teruk di dunia," kata akhbar Asahi Shimbun. Strontium yang meresap ke dalam tulang akan menyebabkan kanser tulang dan leukimia.

Pakar kesihatan menggesa tinjauan meluas jumlah strontium yang tersebar supaya langkah dapat dibangunkan bagi menguruskan masalah itu.

"Oleh kerana strontium wujud dengan cesium, isi padunya dianggarkan kurang 10 peratus daripada cesium, tinjauan dilakukan untuk menyekat isi padu strontium dalam hidupan marin."

Agensi perikanan menjalankan tinjauan persampelan untuk menilai bahan radioaktif yang berkumpul dalam hidupan marin.
Laporan sebelum ini menyatakan, bahan radioaktif dalam makanan laut adalah rendah, satu rumusan mengelirukan menurut Satoshi Katayama, seorang profesor dalam ekologi sumber marin di Universiti Tohoku.

Katayama berkata, "Strontium dengan mudah berkumpul dalam haiwan, walaupun kandungannya rendah."

Bulan lalu, jurukempen Greenpeace di Laut Jepun Wakao Hanaoko, mengambil sampel makanan laut darilima rangkaian pasar raya, Aeon, Ito Yokado, Uny (Apita), Daiei dan Seiyu. Daripada 75 sampel, radioaktif cesium 134 dan 137 dikesan dalam 27 sampel.

"Walaupun berada di bawah paras dibenarkan, makanan laut tercemar masih mewakili satu risiko kesihatan, terutama kepada wanita hamil dan kanak-kanak dan meletakkan mereka yang jauh dari Fukushima kepada risiko kerana makanan laut dihantar ke pasar raya meluas." – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar