Harian Metro: Global |
Posted: 12 Dec 2011 09:04 AM PST NEW DELHI: Seorang pekerja sebuah majlis kerajaan tempatan yang berpendapatan hanya RM250 sebulan ditangkap atas tuduhan rasuah semalam selepas polis mendapati dia secara sulit mengumpul harta yang banyak. Narendra Deshmukh, 53, bekerja sebagai peon sejak 31 tahun lalu. Tetapi selepas beberapa aduan, polis menyerbu kediamannya dan mendapati dia jutawan yang memiliki empayar perniagaan dan hartanah serta sejumlah besar simpanan emas dan permata. Detektif berkata, sepanjang 31 tahun bekerja dengan Perbadanan Majlis Perbadanan Ujjain sebagai peon, Narendra secara rasminya hanya menerima pendapatan tidak melebihi RM95,000.
Mereka juga menemui resit simpanan untuk RM150,000, barangan elektronik bernilai puluhan ribu ringgit, barangan kemas bernilai RM15,000 dan 20 akaun bank yang belum disiasat.
Rasuah di kalangan kakitangan kerajaan India berlaku secara berleluasa dan sudah menjadi perkara biasa bagi pekerja di pelbagai peringkat berkongsi wang suapan itu.
Timbalan Superintendan Polis Madya Pradesh, OP Sagoria berkata: "Sejumlah besar hartanya sudah dinilai. Peti simpanan banknya juga akan diperiksa. Kami juga akan menghantar pegawai ke Mumbai, Jalgaon dan Gurgaon untuk menyiasat secara terperinci kekayaannya." - Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
Lelaki cuba jual panda yang diawet ditangkap Posted: 12 Dec 2011 09:01 AM PST TOKYO: Polis menahan seorang lelaki yang dituduh cuba menjual seekor panda gergasi yang sudah diawet kepada pelancong China dengan harga tiga juta yen (RM124,000). Pengusaha restoran di Tokyo, Shang Erqiang yang berasal dari China, ditangkap beberapa hari lalu.
Rakaman televisyen menunjukkan haiwan yang sudah diawet itu dipamerkan dalam sangkar kaca yang dihiasi buluh.
Hanya 1,600 haiwan berkenaan masih hidup di kawasan hutan di China sementara kira-kira 300 lagi dikurung. - AP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar