Kosmo Online - Dunia |
- Rakaman tragedi pengeboman menyayat hati
- Keunikan perkahwinan wanita Islam Bulgaria
- Spesies baharu setiap 2 hari di Mekong
Rakaman tragedi pengeboman menyayat hati Posted: Rakaman tragedi pengeboman menyayat hati
KABUL - Sorang jurugambar agensi berita AFP di Kabul, Afghanistan, Massoud Hossaini berjaya merakam imej-imej betapa dahsyatnya keganasan antara fahaman mazhab di Afghanistan pada 6 Disember lalu apabila seorang pengebom berani mati menyerang sekumpulan penganut Syiah. Imej tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Tarana Akbari yang memakai jubah berwana hijau terang menjerit kerana terkejut dan dikelilingi oleh sanak-saudaranya yang terbunuh serta cedera. "Tiba-tiba berlaku letupan. Rasanya seperti dunia sudah terbalik dan semua dinding menimpa saya. Apabila bangun, saya nampak semua orang di sekeliling saya terbaring di tanah dan berdarah. Saya sangat takut," cerita Tarana yang seminggu lalu keluarganya bersedih berikutan kematian saudara mereka. Gambar yang memaparkan jubah Tarana dipenuhi darah telah menjadi hiasan muka depan akhbar-akhbar di seluruh dunia. Ia turut menggambarkan keganasan di Afghanistan dan masa depannya yang tidak menentu. Ketika kejadian, Hossaini berada hanya beberapa meter daripada lokasi pengeboman yang membunuh sekurang-kurangnya 70 orang mangsa. Hossaini memberitahu, dia hanya melihat-lihat kameranya ketika letupan berlaku. "Apabila asap sudah hilang, saya dapati saya berdiri di tengah-tengah mayat yang bergelimpangan. "Saya berdiri tepat di mana pengebom berani mati berada sebelum itu. "Saya toleh ke kanan, nampak Tarana dan merakam gambarnya. Sebaik sahaja dia melihat apa yang berlaku kepada saudara-saudaranya, dia hanya menjerit ketakutan," jelas Hossaini. - AFP Full content generated by Get Full RSS. | |
Keunikan perkahwinan wanita Islam Bulgaria Posted: Keunikan perkahwinan wanita Islam BulgariaMEHMED AIUMANKOV bergambar bersama isterinya, Fetma Kuchikova di hadapan rumah mereka sewaktu majlis perkahwinan di kampung Ribnovo, Bulgaria. SOFIA, Bulgaria - Seorang pengantin perempuan, Fatme Kichukova membiarkan wajahnya disolek dengan kapur tebal berwarna putih dan dihiasi labuci berwarna-warni. Upacara itu hanya boleh dilihat oleh saudara-saudara perempuannya, sebelum Kichukova disatukan dengan suaminya, Mehmed Aiumankov. Kichukova berkahwin di kampungnya, Ribnovo di kawasan pergunungan Rhodope, 210 kilometer selatan Sofia. Penduduk kampung tersebut masih mengekalkan adat perkahwinan tradisional pada musim sejuk itu di sebalik fahaman komunis selama berdekad-dekad dan kemiskinan yang membuatkan ramai lelaki berhijrah ke luar negara untuk bekerja. Ritual perkahwinan tersebut diteruskan dalam kalangan orang Pomak yang menganut Islam sewaktu zaman pemerintahan Uthmaniah. Penganut Islam mewakili 10 peratus daripada keseluruhan 7.4 juta rakyat Bulgaria. - Reuters Full content generated by Get Full RSS. | |
Spesies baharu setiap 2 hari di Mekong Posted: Spesies baharu setiap 2 hari di MekongCICAK spesies cnemaspis psychedelica yang ditemui di rantau Mekong, Thailand. BANGKOK - Sekumpulan saintis berjaya mengenal pasti spesies-spesies baharu setiap dua hari di rantau Mekong, jelas Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam satu laporan yang memperincikan penemuan-penemuan luar biasa tahun 2010. Antara penemuan itu ialah burung siul daun dan monyet yang ditemui di negeri Kachin, Myanmar. Terdapat juga satu spesies cicak betina yang mampu mengklon dirinya sendiri tanpa memerlukan cicak jantan. Ia ditemui secara tidak sengaja oleh seorang saintis ketika melihat menu makanan di sebuah restoran Vietnam. Namun begitu, WWF memberi amaran bahawa sejumlah spesies boleh pupus sebelum ia sempat direkodkan. Lebih 200 spesies baharu direkod tahun lalu di rantau Mekong yang meliputi Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah barat daya China, Yunnan. Jurucakap WWF bagi rantau Mekong yang berpangkalan di Hanoi, Sarah Bladen berkata, di sebalik jumlah spesies baharu yang ditemui, rantau itu turut berdepan 'krisis kepupusan'. "Negara-negara terbabit perlu melihat biodiversiti sebagai sesuatu yang perlu dihargai. Jika tidak, kita berisiko kehilangan spesies-spesies liar dan habitat pada kadar yang luar biasa," jelas Bladen. Senarai tersebut didominasi oleh tumbuh-tumbuhan, 28 jenis reptilia dan tujuh spesies amfibia. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar