Harian Metro: Global |
Israel buka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa Posted: 15 Dec 2011 10:47 AM PST BAITULMAQDIS: Israel semalam membuka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa, selepas menutupnya 48 jam sebelum itu atas alasan keselamatan mencetuskan kemarahan penduduk Islam. "Ia dibuka semula pagi tadi, termasuk pelancong, baik Kristian mahupun Yahudi," kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
"Kerja belum dimulakan lagi. Belum ada pihak yang mengubah sesuatu. Majlis Perbandaran memutuskan ia boleh digunakan semula," kata Rosenfeld.
|
Posted: 15 Dec 2011 10:45 AM PST DHAKA: Polis akan mendakwa seorang lelaki yang bekerja di luar negara yang dituduh memotong tangan isterinya selepas wanita itu mula belajar untuk mendapatkan ijazah di sebuah kolej tanpa kebenarannya. Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Emiriah Arab Bersatu.
Rafiqul, 30 mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Mohammad.
Isterinya, Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat untuk meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.
Serangan itu adalah keganasan rumah tangga terbaru di Bangladesh yang mensasarkan wanita berpelajaran tinggi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar