Berita Harian: Dunia |
Posted: 19 Dec 2011 02:01 PM PST Dunia VEENA cetuskan kontroversi di Pakistan. MUMBAI: Aktres Veena Malek kelmarin menafikan laporan dia secara senyap kembali ke Pakistan selepas satu kontroversi akibat bergambar bogel untuk sebuah majalah India, sebaliknya menyatakan dia sedang berehat di sebuah hotel di sini akibat kepenatan. Ketika laman web Pakistan berkata aktres itu pulang ke tanah air, pengurusnya Pratik Mehta menafikan perkara itu, mengatakan aktres itu masih berada di India. Dia juga menjelaskan ia bukan satu publisiti untuk rancangan realiti akan datangnya.Aktres berusia 33 tahun itu hilang sejak pagi Jumaat lalu dan Geo TV melaporkan Veena memasuki Pakistan menerusi sempadan Wagha di Punjab pada hari itu. Ada juga laporan mengatakan dia memakai burqa dan menggunakan pasport dengan nama sebenarnya Zahida. "Veena tidak meninggalkan negara itu kerana sibuk menjalani penggambaran untuk filem pertamanya, Zindagi 50-50," katanya. Pratik berkata oleh kerana Veena mendapat tahu dia tiada sesi penggambaran pada 16 haribulan, aktres itu merancang menghabiskan masa berkualiti untuk dirinya.
"Jadi saya gagal menghubunginya. Dia melalui masa sukar selepas semua kontroversi itu (berkaitan gambar bogel majalah FHM dan percutian itu dianggap dapat memulihkan dirinya," katanya. Veena terkenal selepas memberi keterangan terhadap kekasihnya, pemain boling Pakistan Mohammed Asif, mendakwa terbabit dalam mengatur perlawanan. Dia menjadi popular selepas menyertai rancangan realiti, Bigg Boss. Veena dikecam ulama kerana gambar bogelnya dalam majalah FHM. – Agensi |
Kate Middleton dinobat wanita paling sopan Posted: 19 Dec 2011 02:00 PM PST Dunia WASHINGTON: Isteri pewaris takhta Britain, Catherine Middleton atau The Duchess of Cambridge dinobatkan sebagai individu paling sopan oleh sebuah program etika dan latihan sosial.Wanita berusia 29 tahun itu mengungguli senarai etika tahunan National League of Junior Cotillions (NLJC) bagi Individu Paling Sopan 2011. Pengarah NLJC, Elizabeth Anne Winters, berkata senarai itu turut meletakkan pelakon, selebriti, penyanyi dan atlit berdasarkan kepada cara mereka menampilkan keperibadian, penghormatan dan sikap hormat," lapor majalah Us. Winters berkata, Kate dipuji kerana keyakinan diri dan kemuliaan ketika membawa diri yang menjadi perhatian umum.Justin Bieber menduduki tempat kedua dalam senarai dan Paula Abdul di tempat ketiga turut mendapat pujian kerana tingkah laku mereka tahun ini manakala Taylor Swift di tempat ke lima dan Emma Watson yang membintangi Harry Potter berada di tempat kesembilan. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar