Berita Harian: Dunia |
Iran tiru, bina pesawat kawalan jauh Amerika Posted: 12 Dec 2011 02:22 PM PST Dunia PESAWAT kawalan jauh Amerika dilihat di satu lokasi tidak diketahui di Iran berlatar belakang mesej 'Jatuhkan Amerika, Israel, Britain.' TEHRAN: Iran akan meniru sistem kejuruteraan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat atau 'drone' yang dimilikinya dan kini dalam 'peringkat akhir' mendapatkan rahsia perisikan senjata canggih itu bertujuan menghasilkannya dengan lebih banyak pada masa depan. Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Iran di Parlimen, Parviz Sorouri, memberitahu semalam: "Tindakan kami berikutnya adalah untuk meniru sistem kejuruteraan pesawat itu," kata Parviz yang dilaporkan laman web televisyen tempatan Iran. "Pada masa akan datang, kami akan berupaya mengeluarkannya secara besar-besaran. Jurutera Iran tidak lama lagi akan membangunkan sebuah pesawat canggih sama seperti pesawat Amerika," katanya lagi. Iran berkata, ia memiliki pesawat canggih Amerika berbentuk kelawar yang melakukan misi pengintipan diberi nama RQ-170 Sentinel pada 4 Disember lalu ketika ia berada di ruang udaranya.Iran menyatakan, sebuah unit perang siber Pengawal Revolusi menggodam kawalan penerbangan pesawat pengintip itu. Pihak berkuasa Amerika yang dilaporkan berkata pesawat hendap itu melakukan misi CIA di atas ruang udara Iran, tetap tidak percaya bahawa Iran memiliki teknologi untuk membangunkannya. Mereka berkata, kemungkinan pesawat itu mengalami kegagalan teknikal. Mereka juga menyatakan keraguan berhubung keupayaan Iran meniru pesawat terbabit, sekurang-kurangnya tanpa bantuan Russia atau China.
Beliau juga meramalkan, 'Iran akan memperoleh perisikan berharga menerusi usaha mentafsir maklumat perisikan dan pengintipan sulit sebaik saja kod rahsianya dipecahkan'. Sorouri juga berkata: "Kami tidak memerlukan kerjasama Russia atau China untuk meniru pesawat itu. Mereka sudah pasti tidak akan terbabit. "Keupayaan pertahanan hebat dengan memiliki pesawat seperti itu adalah untuk kegunaan kami saja dan kami tidak bersedia berkongsi dengan pihak lain. "Kami akan menggunakan keupayaan ini sebagai satu pencegahan (terhadap serangan musuh). Saya ragu-ragu kerajaan Iran akan berkongsi teknologi dengan negara lain." – AFP
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Raih undi Yahudi matlamat Gingrich Posted: 12 Dec 2011 02:22 PM PST Dunia BAITULMAQDIS: Ahli perundangan Palestin, Hanan Ashrawi, menyifatkan calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan, Newt Gingrich, tidak berpijak di bumi nyata dan terdesak mendapatkan undi golongan pro-Israel apabila mengeluarkan kenyataan penduduk Palestin sekadar rekaan semata-mata.Televisyen kabel Amerika, The Jewish Channel, menyiarkan petikan temubual Jumaat lalu memaparkan kenyataan bekas Speaker Perwakilan Amerika itu. "Ingat, negara Palestin tidak pernah wujud, ia sebahagian empayar Uthmaniyah. Saya rasa yang ada cuma penduduk Palestin rekaan yang sebenarnya orang Arab dan secara sejarah sebahagian komuniti Arab dan mereka mempunyai peluang untuk pergi ke banyak tempat," kata Gingrich, menurut petikan itu. Ashrawi membalas: "Kenyataan itu menunjukkan beliau tidak tahu sejarah dan bersikap perkauman selain satu cubaan murahan mendapatkan sokongan pengundi pro-Israel tanpa mengira hak Palestin dan keamanan rantau itu."Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad, menuntut Gingrich mengkaji semua sejarah. "Sejak awal, penduduk kami berazam untuk kekal di tanah air sendiri. Kenyataan itu jelas menafikan sejarah," kata Fayyad dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Palestin, Wafa. Jurucakap Hamas yang mentadbir Gaza, Fawzi Barhoum, menggelar kenyataan Gingrich itu memalukan dan mengaibkan.
"Gingrich menyokong perjanjian damai di antara Israel dan Palestin, yang akan memutuskan sempadan negara Palestin. Bagaimanapun, bagi memahami apa yang dicadangkan dan dirundingkan, anda perlu fahami sejarah, itu sebenarnya yang dirujuk Gingrich," kata jurucakapnya, R C Hammond. – AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar