Kamis, 08 Desember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Air rawat radiasi dialir ke laut

Posted: 08 Dec 2011 03:16 PM PST

Dunia

ASKAR Pertahanan Awam Jepun menghimpun daun kering selepas misi mengatasi pencemaran di   Namie, semalam.

ASKAR Pertahanan Awam Jepun menghimpun daun kering selepas misi mengatasi pencemaran di Namie, semalam.

Tindakan TEPCO akibat tiada tempat simpanan dibantah warga Jepun

TOKYO: Pengendali loji nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami, Fukushima berkata pihaknya sedang menimbang untuk membuang air yang digunakan bagi merawat pencemaran radiasi ke laut seawal-awalnya Mac depan, bagaimanapun rancangan itu dibantah kumpulan nelayan tempatan.

Jurucakap Syarikat Tokyo Electric Power (TEPCO), Junichi Matsumoto, berkata pihaknya sudah kehabisan tempat untuk menyimpan air yang dirawat di loji kerana ia sudah mula melimpah. "Kami mahu meningkatkan jumlah tangki untuk menempatkan air tetapi ia akan menjadi sukar untuk melakukannya," katanya kepada wartawan sambil menambah loji itu mungkin tiba pada tahap penyimpanan maksimum menjelang Mac.

TEPCO turut membina satu sistem menggunakan teknologi Perancis, Amerika dan Jepun, bagi menghilangkan pencemaran kolam besar air yang dibekalkan untuk sistem penyejukan itu.

Syarikat itu berkata wakil persekutuan nelayan seluruh negara mengunjungi ibu pejabat TEPCO untuk membuat bantahan.

TEPCO berkata, pihaknya masih memantau kesan alam sekitar terhadap pembuangan air berkenaan tetapi ia terpaksa berbuat demikian bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
Berpuluh-puluh ribu tan air tercemar dengan radiasi memenuhi loji itu, yang terletak 150 kilometer timur laut Tokyo pada awal krisis nuklear apabila TEPCO cuba menyejukkan reaktor akibat kecairan bahan bakar nuklear dengan mengalirkan air laut ke dalamnya.

"Keutamaan kami ialah melihat cara untuk mengehadkan aliran air bawah tanah ke bangunan di loji," kata Matsumoto.

TEPCO menganggarkan berikutan limpahan, jumlah air yang memerlukan penyimpanan meningkat daripada 200 kepada 500 tan sehari.

April lalu, syarikat itu melepaskan lebih 10,000 tan air dicemari radiasi tahap rendah bagi memberi ruang untuk menyimpan air yang lebih tinggi kadar pencemaran, tindakan yang menerima kritikan keras Korea Selaran dan China. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki hina Raja Thai kena penjara

Posted: 08 Dec 2011 03:16 PM PST

Dunia

BANGKOK: Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun kepada warga Amerika semalam kerana menghina keluarga diraja negara itu dengan terjemahan petikan biografi Raja yang diharamkan dan menyiarkannya secara online.

Lelaki berbangsa Thai kelahiran Amerika, Joe Gordon, 55, kelihatan tenang dengan buku lali digari, memakai pakaian seragam penjara berwarna jingga ketika keputusan dibacakan di mahkamah jenayah Bangkok.

Hakim Tawan Rodcharoen berkata, hukuman itu pada asalnya penjara lima tahun tetapi dikurangkan kerana Gordon mengaku salah pada Oktober. Gordon menyiarkan laman yang mengharamkan biografi Raja Bhumibol Adulyadej beberapa tahun lalu ketika tinggal di Colorado, Amerika Syarikat dan kes itu mencetuskan persoalan mengenai keupayaan undang-undang Thailand bertindak terhadap perilaku warga asing di luar negara itu.

Bercakap selepas penghakiman, Gordon berkata "Saya warga Amerika dan kejadian itu berlaku di sana."

Beliau juga yakin tidak akan dilepaskan dengan mudah.

"Inilah sistem di Thailand. Di negara ini, mereka memenjarakan orang walaupun tiada bukti," katanya.
Gordon ditahan akhir Mei ketika melawat Thailand untuk mendapatkan rawatan perubatan. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar