Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Banjir kilat di ManilaMANILA 17 Dis. - Kira-kira 200 maut, sementara lebih 400 orang dilaporkan hilang di beberapa wilayah di selatan negara ini apabila banjir kilat akibat ribut tropika melanda Filipina hari ini. Ketua pasukan penyelamat bandar Cagayan de Oro, Lemuel Gunda berkata, sekurang-kurang 40 mayat ditemui di bandar itu. Datuk Bandar Iligan, Lawrence Cruz pula berkata, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di bandar itu dan ramai dilaporkan hilang ekoran bencana alam berkenaan ekoran ribut tropika yang bermula beberapa hari lalu. "Mereka yang hilang termasuk seorang juruhebah radio yang hanyut ketika cuba menyelamatkan jirannya,'' kata Cruz. Ketua Agensi Bantuan Kecemasan Nasional, Benito Ramos berkata, angka kematian dijangka meningkat berdasarkan laporan yang diterima. Banjir berlaku ekoran Ribut Tropika Washi yang membawa hujan lebat ke kawasan wilayah Mindanao semalam. Ramos berkata, seramai sembilan orang maut di sebuah kampung di wilayah Lanao Del Norte selepas air banjir meningkat mendadak sehingga paras bumbung rumah pada waktu tengah malam menyebabkan penduduk terperangkap dan lemas. "Banjir juga dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di rantau itu termasuk bandar Iligan dan Cagayan de Oro,'' katanya. Beliau berkata, beribu-ribu orang kini dipindahkan ke kawasan tanah tinggi.- AGENSI |
PBB tarik balik sekatan ke atas Bank Pusat Libya Posted: PBB tarik balik sekatan ke atas Bank Pusat LibyaKanak-kanak dari bandar Tawargha, kira-kira 250 kilometer dari timur Tripoli bermain di sebuah kem pelarian di Tripoli, Libya. Gelombang kebangkitan rakyat menyebabkan ramai penduduk Libya hilang tempat tinggal selain keadaan ekonomi yang tidak menentu. - REUTERS NEW YORK 17 Dis. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menarik balik sekatan ke atas Bank Pusat Libya dan sebuah bank pelaburan, membolehkan berpuluh-puluh bilion dolar digunakan bagi membantu pemulihan pembangunan Libya. Serentak dengan itu, Amerika Syarikat (AS) juga mengumumkan akan menarik balik sekatan ke atas bank sama dan anak syarikatnya melibatkan aset bernilai AS$30 bilion (RM90 bilion). Britain turut membatalkan pembekuan aset sama bernilai lebih AS$10 bilion (RM30 bilion). Aset Libya di seluruh dunia bernilai kira-kira AS$150 bilion (RM450 bilion) dibekukan pada Februari lalu selepas Majlis Keselamatan mengarahkan sekatan dikenakan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang disingkirkan oleh pemberontakan rakyat. Kerajaan baru Tripoli sejak beberapa minggu lalu meminta supaya sekatan itu ditarik balik bagi membayar gaji dan menyediakan perkhidmatan utama berikutan ancaman kemerosotan ekonomi. Perdana Menteri, Abdel Rahim al-Kib dan ketua Majlis Peralihan Nasional, Mustafa Abdel Jalil dalam satu surat kepada Majlis Keselamatan berkata, tindakan itu penting untuk kestabilan ekonomi di Libya. Satu permohonan rasmi untuk menarik balik sekatan itu dibuat minggu lalu dan tidak menerima sebarang bantahan daripada negara anggota Majlis Keselamatan yang membolehkan tindakan pembatalan tersebut dilaksanakan semalam. Menteri Luar Britain, William Hague berkata, tindakan membatalkan pembekuan tersebut menandakan saat baik dalam peralihan Libya. "Britian akan memberi tekanan kepada Kesatuan Eropah untuk segera mengambil tindakan sama,'' ujarnya. White House dalam satu kenyataan berkata, pihaknya membatalkan hampir semua sekatan ke atas kerajaan Libya dan membebaskan semua aset Libya di bawah perundangan negara itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar