Jumat, 16 Desember 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


112 negara sudah iktiraf Palestin

Posted:

112 negara sudah iktiraf Palestin

112 negara sudah iktiraf Palestin

PARIS 16 Dis. - Sekurang-kurangnya 112 negara di seluruh dunia secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, menurut kiraan AFP.

Di Amerika Latin, Uruguay dan Peru muncul negara ke-11 dan ke-12 di rantau itu mengiktiraf Palestin pada tahun ini, meninggalkan Colombia yang juga sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) sebagai satu-satunya negara yang masih belum berbuat demikian.

Di Amerika Tengah, Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara oleh Cuba, Costa Rica, Nicaragua, Honduras dan Salvador.

Palestin turut menerima pengiktirafan negara-negara Arab termasuk Syria pada Julai lalu.

Di Eropah, Iceland menjadi negara terbaru dari Eropah mengikuti langkah itu selepas Republik Czech, Hungary, Malta dan Poland.

Kira-kira 150 buah negara turut mengekalkan hubungan diplomatik dengan Palestin dalam satu atau pelbagai urusan.

Palestin sebelum ini hanya berstatus 'pemerhati' di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi Presiden Mahmoud Abbas pada September lalu telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menjadi anggota penuh badan dunia tersebut.

Oktober lalu, Palestin secara rasmi diterima sebagai anggota Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya Antarabangsa (UNESCO) dalam satu kemenangan diplomatik, walaupun mendapat tentangan daripada AS dan Israel.

Awal minggu ini, Abbas menggesa Kesatuan Eropah (EU) menyokong usaha negara itu untuk diiktiraf PBB selepas bendera Palestin dikibarkan di ibu pejabat UNESCO buat pertama kali.

Data yang diterbitkan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menunjukkan, sebanyak 130 negara sehingga kini telah mengiktiraf Palestin. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

MRT tergendala

Posted:

MRT tergendala

MRT tergendala


RIBUAN penumpang terkandas di stesen kereta api MRT di Singapura, kelmarin. – AFP


SINGAPURA 16 Dis. – Beribu-ribu penumpang terkandas apabila sistem pengangkutan MRT (Transit Rel Massa) negara ini, tiba-tiba terhenti pada waktu puncak semalam, mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kegelapan selama lebih lima jam.

Kejadian itu berlaku pada pukul 6.50 petang di laluan MRT Utara-Selatan. Ia dilapor berpunca daripada masalah bekalan elektrik.

Akhbar Straits Times melaporkan, penumpang di sebuah daripada gerabak kereta api itu terpaksa memecahkan tingkap bagi membolehkan udara masuk selepas pemandu enggan membuka pintu atas sebab-sebab keselamatan.

Sebahagian penumpang yang terkandas turut berjalan di sepanjang terowong yang gelap untuk ke stesen-stesen berhampiran, dalam kejadian terburuk sepanjang 24 tahun operasi MRT tersebut.

Straits Times melaporkan, seorang wanita turut pengsan dalam kejadian berkenaan.

"Kami bergelap dan terperangkap tanpa udara. Keadaan sungguh gelap dan kami hanya menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan cahaya," kata penumpang, Oh Shu Fen, 23, kepada akhbar tersebut.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Perkhidmatan MRT hanya disambung semula lebih lima jam kemudian.

Operator MRT, SMRT Corp. Ltd. hari ini memohon maaf atas kesulitan tersebut dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar