Kosmo Online - Dunia |
- Britain arah Iran tutup kedutaan di London
- Parti Ikhwanul dahului kiraan undi di Mesir
- Super Junior menang album terbaik Korea
Britain arah Iran tutup kedutaan di London Posted: Britain arah Iran tutup kedutaan di London
TEHERAN, Iran - Kerajaan Britain semalam mengarahkan penutupan Kedutaan Iran di London dengan segera. Kedutaan Britain di Teheran juga diarahkan ditutup selepas sejumlah penunjuk perasaan Iran menyerbu dan menceroboh bangunan diplomatik itu. "Kuasa Usaha Iran di London dimaklumkan bahawa kami memerlukan Kedutaan Iran ditutup di London dengan segera dan semua staf Iran perlu meninggalkan United Kingdom dalam tempoh 48 jam," kata Setiausaha Luar Britain, William Hague kepada Parlimen semalam. Arahan itu dibuat selepas sekumpulan penunjuk perasaan bertindak ganas selama beberapa jam dengan memecahkan tingkap, merosakkan pejabat, membakar dokumen dan mengoyakkan bendera Britain semasa menyerbu kedutaan tersebut kelmarin. Para penunjuk perasaan berang terhadap pengumuman Britain pada minggu lalu bahawa ia memutuskan semua bentuk hubungan dengan sektor kewangan Iran. Britain turut menyokong sekatan lebih ketat ke atas Iran ekoran isu nuklear di negara itu. Insiden itu adalah yang terburuk ke atas pejabat diplomatik di sini sejak kumpulan pelajar Islam menawan Kedutaan Amerika Syarikat pada 1979 dengan menjadikan 52 warga AS sebagai tebusan selama 444 hari. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Parti Ikhwanul dahului kiraan undi di Mesir Posted: Parti Ikhwanul dahului kiraan undi di MesirBEBERAPA pekerja pilihan raya parlimen mengira undi di Luxor, Mesir kelmarin. KAHERAH - Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir. Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu. "Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut. Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam. Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British. Ia merdeka pada 1922. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Super Junior menang album terbaik Korea Posted: Super Junior menang album terbaik KoreaKUMPULAN Super Junior bergambar selepas menang Album Terbaik pada Anugerah Muzik MNET Asia di Singapura. SINGAPURA - Bintang-bintang pop Korea (K-Pop) mengagumkan penonton Singapura pada Anugerah Muzik Asia MNET yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura kelmarin. Anugerah itu anjuran saluran televisyen kabel MNET dengan para pemenang dipilih berdasarkan undi peminat dari seluruh dunia dan keputusan panel juri. Kumpulan Girls Generation memenangi Anugerah Kumpulan Wanita Terbaik dan Artis Terbaik 2011 manakala kumpulan Super Junior meraih Anugerah Album Terbaik 2011 menerusi album mereka, Mr. Simple. Anugerah Lagu Terbaik 2011 pula menjadi milik I Am the Best nyanyian kumpulan 2NE1. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar