Jumat, 02 Desember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Amnesty saran tiga negara tangkap Bush

Posted: 02 Dec 2011 11:42 AM PST

Dunia

George W Bush

George W Bush

Dituduh cabul hak asasi manusia guna alasan 9/11

NEW YORK: Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International menggesa Habsyah, Tanzania dan Zambia menangkap bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush atas kesalahan mencabul hak asasi manusia ketika pemimpin itu melawat Afrika minggu ini.

Sebagai Presiden Amerika pada 2002 hingga 2009, Bush mengarahkan penggunaan teknik melemaskan suspek keganasan dan teknik lain yang dianggap Amnesty dan pertubuhan lain sebagai penyeksaan. Bush yang memulakan lawatan mulai kelmarin hingga Isnin depan, mempertahankan penggunaan teknik melemaskan suspek keganasan atas alasan dapat menamatkan serangan pengganas umpama 11 September 2001 (9/11).

"Undang-undang antarabangsa menetapkan orang yang melakukan seksaan tiada tempat selamat untuk berlindung, jadi Habsyah, Tanzania dan Zambia mesti ambil peluang memenuhi tanggungjawab itu supaya Bush tidak lagi bebas," katanya lagi.

"Amnesty mengiktiraf usaha meningkatkan kesedaran mengenai ancaman kanser serviks dan payu dara di Afrika, sebab utama lawatan ke Afrika dibuat tetapi ia tidak boleh mengurangkan usaha melawan penyeksaan dengan membenarkan orang yang mengaku mengarahkan teknik melemaskan suspek keganasan, meneruskan lawatan tanpa menerima tindakan undang-undang," kata pertubuhan itu.

Tiga negara berkenaan memikul tanggungjawab menahan Bush mengikut undang-undang antarabangsa ketika beliau melakukan lawatan sehingga Isnin depan bagi mempromosi usaha melawan kanser serviks dan payu dara.
"Semua negara yang dikunjungi Bush bertanggungjawab membawanya ke muka pengadilan atas tuduhan melakukan penyeksaan," kata penasihat kanan undang-undang Amnesty, Matt Pollard.

Amnesty membuat gesaan yang sama kepada Kanada pada Oktober 2010 apabila Bush melawat British Columbia untuk satu sidang kemuncak ekonomi.

Pada Februari tahun ini, Bush bertindak membatalkan lawatannya ke Switzerland kerana mendakwa ada pihak mahu mengemukakan tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan melakukan penyeksaan, kata pertubuhan hak asasi manusia.

Kes Amnesty bergantung kepada rekod awam di Amerika selain buku riwayat hidup Bush dan satu laporan Palang Merah yang mengecam dasarnya menangani keganasan. – Reuters/AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Thaksin peroleh pasport baru

Posted: 02 Dec 2011 11:36 AM PST

Dunia

THAKSIN  menunjukkan pasportnya ketika merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok pada 2005.

THAKSIN menunjukkan pasportnya ketika merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok pada 2005.

BANGKOK: Kerajaan Thailand akan memberi pasport baru kepada bekas Perdana Menterinya, Thaksin Shinawatra pada akhir bulan ini sambil menyifatkannya sebagai hadiah Tahun Baru.

"Apabila pasport Thaksin dibatalkan, tiada arahan dari mahkamah atau polis untuk merampasnya," kata Menteri Luar, Surapong Tovochakchaikul ketika menjelaskan langkah kerajaan kepada pemberita di sini semalam.

"Saya akan guna kuasa saya untuk melakukan apa saja yang tidak bercanggah dengan peraturan kementerian untuk memberi pasport kepada Thaksin. "Ia akan menjadi satu pasport biasa rakyat Thailand. Biar kita buat pasport biasa sah terlebih dulu. Ia tidak semestinya satu pasport diplomatik," katanya.

Thaksin digulingkan tentera dalam rampasan kuasa pada 2006 dan hidup dalam buangan di luar negara bagi mengelak hukuman penjara selepas didapati bersalah melakukan rasuah.

Pasport beliau dibatalkan oleh kerajaan Thailand pada 2008 tetapi Thaksin kemudian diberi kerakyatan Montenegro tahun lalu untuk membenarkan beliau bebas bergerak. Beliau turut dilaporkan menggunakan pasport Nicaragua.

Adik beliau Yingluck kini perdana menteri selepas mendapat kemenangan dalam pilihan raya awal tahun ini, berikutan tunjuk perasaan pembangkang besar-besaran pada 2010 oleh penyokong Baju Merah pro-Thaksin yang berakhir dengan tindakan tentera menggunakan kekerasan hingga membawa kepada pertumpahan darah. – AFP/Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar