Senin, 28 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Afghanistan suruh NATO serang pos tentera Pakistan

Posted: 28 Nov 2011 02:35 PM PST

Dunia

 TENTERA Pakistan memberi penghormatan terakhir kepada rakan mereka yang terbunuh akibat serangan NATO.

TENTERA Pakistan memberi penghormatan terakhir kepada rakan mereka yang terbunuh akibat serangan NATO.

Serangan udara cetus ketegangan di antara Kabul, Islamabad, Washington

PESHAWAR: Tentera Afghanistan yang diserang ketika bertugas berhampiran sempadan Pakistan meminta bantuan pesawat udara Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (NATO) yang membawa kepada pembunuhan 28 askar Pakistan di dua pos pemeriksaan.

Pada masa sama, pegawai Afghanistan juga mengakui mereka tidak pasti siapa yang menembak anggota perondanya sebelum subuh Sabtu lalu kecuali tembakan itu dilepaskan dari arah pos pemeriksaan Pakistan.

Bagaimanapun, Pakistan semalam menafikan melakukan provokasi yang membawa kepada serangan udara NATO, sekali gus meningkatkan ketegangan berhubung serangan merentasi sempadan yang terus mengeruhkan hubungan Amerika Syarikat dan Pakistan. "Ini tidak benar. Mereka reka alasan. Jika betul, di manakah korban mereka," kata jurucakap ketua tentera Pakistan, Mejar Jeneral Athar Abbas.

Tentera Pakistan juga mendedahkan, serangan udara NATO berterusan selama dua jam meskipun panglima tentera Pakistan merayu supaya ia dihentikan.

Sementara itu, beribu-ribu penduduk berkumpul di luar Konsulat Amerika di Karachi kelmarin untuk membantah serangan itu.

Wartawan agensi berita yang berada di lokasi berkata, penduduk melaungkan 'Matilah Amerika' manakala seorang lelaki dilihat memanjat tembok dan meletakkan bendera Pakistan pada kawat besi.
"Amerika menyerang sempadan kami. Kerajaan perlu memutuskan hubungan dengannya segera. Amerika mahu menceroboh negara kami tetapi kami tidak akan membenarkannya," kata Naseema Baluch, suri rumah yang turut hadir dalam perhimpunan itu.

Ramai rakyat Pakistan percaya tentera yang memerangi militan cuma melindungi kepentingan Barat.

Kejadian itu memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara. Tentera Pakistan berkata, NATO melancarkan serangan tanpa sebab dan menegaskan tiada aktiviti militan berhampiran pos sempadan di wilayah Mohmand.

Berang dengan serangan itu, Islamabad menutup sempadannya kepada trak yang membawa bekalan kepada tentera pelbagai negara di Afghanistan dan menuntut Amerika mengosongkan pangkalan udaranya dalam masa 15 hari.

Ketua tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Pervez Kayani, menghadiri majlis pengebumian mangsa ketika Washington berusaha meminimumkan ketegangan kedua-dua negara.

Hubungan keruh kedua-dua negara mencapai kemuncak selepas pasukan khas Amerika membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di Abbottabad, Mei lalu.

Menteri Luar Pakistan, Hina Rabbani Khar, memberitahu Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, serangan NATO itu menafikan semua kemajuan dalam memulihkan hubungan kedua-dua negara.

Dia memberitahu Hillary dalam panggilan telefon serangan itu tidak dapat diterima dan mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat negaranya.

Islamabad juga membuat bantahan kepada kerajaan Afghanistan, dan berkata ia sepatutnya menghalang NATO menyerang Pakistan.

Seorang pegawai Afghanistan menyifatkan bantahan itu sebagai tidak berasas dan berkata NATO beroperasi di Afghanistan dengan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas diluluskan Pakistan. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Israel hadapi 150,000 peluru berpandu

Posted: 28 Nov 2011 02:34 PM PST

Dunia

TEHRAN: Israel akan diserang dengan 150,000 peluru berpandu jika ia melancarkan sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran, kata Menteri Pertahanannya, Jeneral Ahmad Vahidi.

Menteri berkenaan memberitahu bahawa sukarelawan tentera Israel perlu dihukum terhadap apa yang mereka lakukan kepada penduduk Islam di Palestin, lapor Iran Independent News Service semalam.

Bercakap kepada 50,000 sukarelawan tentera di Bushehr, menteri terbabit berkata bahawa Iran bukanlah Iraq ataupun Afghanistan. "Jika Amerika Syarikat melancarkan serangan dan menyerang Iran, kita akan tunjukkan kepada mereka bagaimana untuk berlawan, sambil menambah Israel perlu dihukum terhadap apa yang dilakukan kepada penduduk Palestin dan Lubnan," katanya.

Vahidi tidak menyatakan secara spesifik sama ada peluru berpandu itu akan dilancarkan dari Iran atau lokasi lain.

Pada Sabtu lalu, seorang komander kanan Pengawal Revolusi Iran berkata bahawa negara itu akan mensasarkan perisai pertahanan peluru berpandu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Turki jika Amerika atau Israel menyerang Republik Islam berkenaan.

Jeneral Amir Ali Hajizadeh, ketua bahagian aeroangkasa pasukan pertahanan Iran dipetik agensi berita separa rasmi Mehr memberi amaran bahawa persiapan yang dilakukan oleh Tehran adalah sebahagian strategi untuk menghadapi ancaman Amerika dan Israel.
Menteri Pertahanan Iran berkenaan juga memberi amaran mengenai serangan balas oleh Amerika tetapi tindakan itu perlu melepasi pertahanan ampuh Iran.

"Amerika dan sekutunya perlu tahu bahawa Iran terlalu kuat dan berusaha akan mengajar Amerika bagaimana untuk berperang dan apa maknanya untuk berperang dan menjadi wira," kata Vahidi kepada sekumpulan sukarelawan itu di Bushehr, sebuah bandaraya menempatkan loji kuasa nuklearnya.

Iran bertegas bahawa program nuklear negara itu adalah untuk tujuan keamanan tetapi laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pula menyatakan bahawa Tehran berterusan membangunkan teknologi senjata nuklear.

Sejak laporan itu disiarkan, negara Barat mendesak masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan terhadap rejim Tehran untuk menangguhkan program nuklear terbabit.

Amerika, Britain dan Kanada mengenakan sekatan terhadap sektor kewangan dan tenaga Iran, memaksa Tehran mengusir duta Britain. Perancis dan Belanda juga menggesa tindakan sama terhadap republik Islam itu. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar